Peraturan

Syarat-Syarat dan Peraturan:

1. Tetamu adalah terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram atau kumpulan rakan yang sama jantina.
2. Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke premis penginapan. Minuman keras/alkohol tidak dibenarkan sama sekali.
3. Menjaga kebersihan dalam dan luar rumah. Buang sampah ke dalam bakul sampah dan tong sampah yang disediakan.
4. Menggunakan kemudahan yang disediakan di homestay dengan cara berhemah dan tidak membazir. Tutup lampu, kipas dan aircond jika tidak digunakan.
5. Meletakkan kenderaan dengan berhemah dan tidak mengganggu lalu lintas.
6. Menjaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak penduduk tetap di taman perumahan.
7. Jangan tinggalkan barang berharga di dalam homestay Pastikan pintu, gril dan pagar homestay dikunci apabila apabila meninggalkan homestay dalam tempoh penginapan. Pihak homestay tidak akan bertanggungjawab atas kehilanangan barang berharga anda semasa menginap di homestay.
8. Jangan buang sesuatu (terutama tuala wanita) ke dalam sinki tandas untuk mengelakkannya dari tersumbat.
9. Laporkan sebarang kerosakan yang berlaku. Wang cengkeram anda mungkin ditolak sebagai gantirugi kerosakan yang berlaku akibat kecuaian anda.
10. Anggaplah homestay ini umpama rumah anda sendiri. Harap anda kemas homestay seperti ketika anda masuk (Check In) apabila anda keluar (Check Out).
11. Jika anda mengubah kedudukan sebarang perabot dalam homestay, sila letakkan dan susun kembali di tempat asal sebelum check out.


"SEMOGA ANDA BERPUASHATI KETIKA ANDA BERADA DI HOMESTAY KAMI"